Astaghfirullahala'zim...Setiap manusia pasti dan mesti tidak dapat lari dari perasaan ini.Diciptakan Adam bersamanya Hawa...dari situ kita juga dapat lihat bahawa tidak dapat tidak,kita perlu punya pasangan...Untuk apa??
Inilah yang kita katakan...untuk membina satu jalinan kasih sayang yang dapat disalurkan secara halal lagi murni.Bak kata orang tua,kalau nak "bina masjid",biarlah semua sudah cukup kelengkapannya.
Cuba kita tanyakan diri kita,sudah bersediakah aku ini?Adakah aku cukup bersedia untuk membimbing hamba allah yang bergelar ISTERI ini??Oleh sebab itulah...perlunya kita mendalami ilmu agama disamping kita mengejar cita-cita duniawi yang tidak kekal abadi.
Kewangan juga perlu dititikberatkan,akan tetapi,janganlah terlalu taksub untuk mendapatkan kesenangan didunia ini.Cukuplah sekadar bersederhana.Allah suka pada orang sedemikian rupa.Nak tahu kenapa?Supaya sifat yang tidak elok itu tidak akan menonjol...sepertinya riak,ujub,takabur dan lain-lain lagi.
Moga dengan kita memohon munajat pada Allah,dapat kita elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang saya kira dapat merosakkan akidah umat Islam......
No comments:
Post a Comment