Alhamdulillah,Allah masih sayangkan hambanya...diberinya dugaan demam untuk hambanya moga ingat pada pencipta.Tidak kira walau dimana kita berada,dengan siapa kita bersama,bilamana Allah mahu menguji hambanya,pasti juga akan terjadi.Inilah yang menjadi kelebihan buat umat Islam.Mereka diuji untuk mengetahui sejauh mana hambanya ingat padanya...
Dalam mencari redha Allah,perlu diingatkan bahawa,redha ibubapa juga amat penting buat kita.Andai kata,redha ibubapa kita tinggalkan...Tidak ada redha Allah buat yang derhaka terhadap orang tuanya.Pernah pada zaman nabi kita dahulu,dimana ada seorang sahabatnya yang menerima azab sukar menghadapi sakaratul maut dari Allah disaat akhirnya walaupun kuat beribadat kerana ibunya terasa hati dek kerana dia melebihkan isterinya dari ibunya.
Sama-sama kita renungkan.Betapa Allah masih lagi membuka pintu-pintu taubat buat orang yang benyak melakukan dosa.Kembalilah ke pangkal jalan.Moga Allah ampunkan dosa-dosa kalian.Jikalau mahu BERUBAH,perlunya ada IKTIKAD.Apabila sudah BERUBAH,pastinya ISTIKOMAH diperlukan.Jangan DULANGI perbuatan yang ditinggalkan itu.Mohon DOA pada AllAH agar jalan yang dilalui kita itu lurus dan direhdainya...
No comments:
Post a Comment