Wednesday, 25 January 2012

Hari mendatang siapa tahu perinciannya...

Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk menaip sedikit sebanyak perkara yang perlu ditegakkan.Saya berdiam diri selama beberapa hari bukan kerana kebuntuan idea,akan tetapi banyak memikirkan perihal masyarakat yang bergelar "ISLAM".Mengapa?Kenapa?Bagaimana?Ini semua berlegar di fikiran saya mengenai karenah-karenah yang agak pelik saya kira.Mengapa kita perlu berbalah sesama ISLAM?Sedangkan,apa yang kita tahu,HUKUM HUDUD adalah perkara yang WAJIB umat islam turuti.

Kenapa bangsa lain tidak mengeluarkan bunyi-bunyi sumbang,akan tetapi,orang yang beragama ISLAM riuh rendah apabila dibangkitkan isu ini... Sepatutnya,kita sebagai Umat Islam MESTI dan MESTI menyokong perjalanan HUDUD ini.Tidakkah kita akan dipersoalkan oleh Allah kelak mengenai isu ini nanti.Mohon pada Allah agar kita tergolong dikalangan yang memperjuangkan hukum-hukum islam ini.

Bagaimana cara untuk kita menyelesaikan masalah ini?Inilah yang perlu kita lakukan untuk kepentingan Umat Islam dan seluruhnya.Kita sudah sedia maklum,bahawa Hukum HUDUD ini bukannya bersifat kejam akan tetapi perlu untuk kita ketahui bahawa HUKUM ALLAH ini bersifat MENGAJAR serta MENDIDIk.Janganlah kita terlalu berfikiran sempit semata-mata Hukum Allah ini tidak sesuai dengan zaman.Hukum Allah boleh diselaraskan tidak kira dengan zaman ataupun masa....

No comments:

Post a Comment