ASSALAMUALAIKUM W.B.T....
Alhamdulillah,setelah sekian lama saya tidak bersuara...hari ini saya tampil dengan sedikit cerita yang mna saya kira agak memberikan impak yang besar terhadap saya dan kalian.Berada pada satu situasi yang saya kira cukup memeritkan buat saya yang mana saya cuma menyuarakan pendapat didalam suara siswa,akan tetapi saya mendapat cemuhan dari individu yang saya kira mereka tidak layak dipanggil mahasiswa.Saya mengeluarkan pendapat buat MPP,akan tetapi ini sudah berlanggaran dengan tajuk "pages" yang berada didalam "Facebook" tersebut...Pada saat itu,perasaan saya mula jadi tidak keruan,hati saya resah gelisah.Apabila saya tanya diri saya balik,"adakah benar apa yang kau tuliskan ini Shafiq??"kata hati ini..Lalu saya jawab "BENAR".Apa yang perlu kau runsingkan lagi??Teruskan dengan kebenaran....
Pada saat itu,ramai dikalangan rakan-rakan bertanya,"kenapa kau tulis status macam tu??"...Ada juga yang datang dengan niat kritikan yang melampau.Sudah saya nyatakan disitu,cuma PERKONGSIAN untuk berfikir.Hal ini berlanjutan sehingga adanya seorang rakan saya yang menyatakan bahawa saya perlu padam POST tersebut...Saya bagi tahu padanya..."kawan,buat apa kita takut pada apa yang kita lakukan ini benar??"Terdiam rakan saya seketika.Ingat kalian semua,Allah amat membenci orang yang menggelapkan kan KEBENARAN!!!
Beralih pada situasi yang lain pula iaitu dimana pada masa itu saya dalam perjalanan pulang ke bilik setelah tamat sesi kuliah.Saya di kejutkan dengan nada dering talefon,terpampar nama senior saya di paparan skrin tersebut.Tanpa berfikir panjang,saya angkat ganggang tersebut.Alangkah terkejutnya saya apabila saya dikhabarkan bahawa telah menjadi sukarela untuk pergi ke satu kem kepimpinan yang mana saya sendiri pun tidak mengetahui apa-apa.Pada awalnya saya menolak,akan tetapi atas dasar berfikiran positif,saya terima dengan penuh terpaksa.Saya cuba mengikhlaskan diri ini.Buat pengetahuan teman-teman yang lain,sifat Ikhlas ini agar sukar untuk seseorang perolehi.Saya cuba tanam dalam diri ini bahawa apa pun yang saya lakukan...KERANA ALLAH saya cuba lakukan ianya...bukan bermaksud apabila cuba mengikhlaskan diri,kita terus dapat ikhlasnya....
Sebelum pergi menyertai kem kepimpinan tersebut,saya ada bertanyakan pandangan mengenai kem kepimpinan ini kepada abang-abang senior.Ada yang menyokong dan tidak lari juga dari yang membangkang.Sudah menjadi lumrah manusia yang sedemikian.Al-quran adalah satu-satunya perkara yang perlu disokong oleh semua.Hal ini kerana ianya adalah suatu kalam Allah yang kekal sehingga hari KIAMAT kelak...Andai kamu berpegang pada kalam Allah,pasti dan pasti kamu akan terselamat dari segala bencana,terutamanya fitnah "DAJJAL"...Mohon dijauhkan kita daripada perkara tersebut......Akan tetapi ada juga yang membangkang kebenaran itu...
Kedua-dua peristiwa ini banyak meninggalkan erti dalam diri saya yang mana saya rasa ianya amat berguna buat saya melayari hidup ini dengan lebih mencabar dan mengenali apa itu erti kehidupan.Bukan semuanya adalah sempurna,akan tetapi cuba menjadi sesempurna mungkin adalah suatu perkara yang mesti dilaksanakan.Antara pekara yang saya perolehi adalah...Perlunya kita mendengar kepada kedua-dua belah pihak.Jangan kerana kepentingan diri,kita cepat menyokong terhadap apa yang diperkatakan itu.Saya yakin anda bijak dalam membuat pilihan.
Selain itu,letakkan dalam diri kita ini pada situasi yang "cool" walaupun dikecam dengan hebatnya atau dalam erti lain "SABAR".Allah suka pada orang yang sabar kerana dapat mendidik diri dalam mengawal amarah yang mana sifat itu hanya Allah sahaja yang berhak memilikinya.Kita makhluk cuma,tidak perlu punya sifat sedemikian,kerana bimbang takut-takut dapat mencederakan hati orang lain.Tambahan pula,jaga lidah kita supaya ianya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya...
Saya kira sudah cukup panjang buat coretan hari ini.Moga dengan apa yang saya kongsi ini,sedikit sebanyak dapat memberikan ingatan dan dorongan agar kita sama-sama kita bijak dalam membuat pilihan atau keputusan....SEKIAN...
Sunday, 8 April 2012
Sunday, 1 April 2012
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
Assalamualaikum semua.....Apa khabar kalian?Sihat atau tidak?Moga kalian sentiasa berada dibawah rahmat Allah...Alhamdulillah...Setelah lama mendiamkan diri,bukan maksud saya tidak punya idea,akan tetapi kerana sedikit permasalahan yang dihadapi membuatkan saya agak sukar untuk berada dihadapan komputer....
Sekali lagi ucapan syukur saya panjatkan "alhamdulillah",kerana dalam beberapa hari kebelakangan ini,saya banyak menimba pengalaman baru yang saya kira agak sukar untuk saya perolehi dimasa yang lain.Berada pada situasi yang mana mental dan fizikal kita diuji,mempunyai perasaan kurang enak terhadap teman-teman,selalu merasakan diri ini sempurna,cepat marah tatkala dicemuh dan sebagainya.Saya buntu terhadap apa yang saya lakukan sehingga saya merasakan bahawa diri ini apa tujuannya.Adakah hanya untuk bersuka ria?Atau apa?
Inilah yang isu yang saya ingin kongsikan,bukan untuk berbangga atau punyai perkara serupa begini.Akan tetapi,tidak lain dan tidak bukan,hanyalah untuk sama-sama kita renungkan betapa kita ini perlunya tempat bergantung.Bagaimana?Macam mana?Pernah atau tidak kalian merasakan diri kalian bilamana melakukan sesuatu perkara,ianya hanyalah sekadar melakukan kerja-kerja akan tetapi penghayatannya itu tiada....pernah?Seperti orang yang sayu hatinya...Bagitulah keadaan saya pada ketika itu...Begini ceritanya...
Pernah kalian mendaki bukit?Seksa bukan?Uji mantel?Itu pasti....3 hari 2 malam...Bermula pada hari Khamis(29.03.12)-Sabtu(31.03.12)...Kelantan arah tujunya,bukan berada didalam kuantiti yang sedikit,tetapi seramai 38 orang bersama pengiring.Allah itu maha kaya,diciptakan bumi ini adalah untuk santapan manusia.Akan tetapi apa yang menyebabkan manusia itu dimurka?"Jangan kamu rosakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri!",lebih kurang begitu kata Allah.Sebabnya...manusia itu melakukan kerosakan terhadap muka bumi hasil ciptaan Allah ini.Kalian hendak tahu,betapa cantiknya alam ini sekiranya kalian mendaki gunung yang mana tinggi nya setaraf awan?Allahuakhbar!Pengalaman ini banyak mengajar saya apa itu erti bersyukur dan menikmati keindahan alam bersama kalimah syukur itu...Teruja saya kerana ciptaan Allah ini,pasti dan pasti tiada tandingnya....SUBHANALLAH...
Berada pada ketinggian 400 meter dari paras laut,saya dapat melihat keindahan yang berada dibawah...kecil sahaja perkara yang berada di bawah...Saya merasakan betapa kerdilnya kita dimata Allah...sehinggakan saya merasakan ada satu cecair malalui ruang pipi saya....Air mata!!Ya!!Cecair ini membuatkan diri saya rasa syukur dengan apa yang sudah saya punya dan merasakan betapa ruginya orang yang punya kelebihan,akan tetapi disia-siakan....Allah...Maaf kan hambamu ini...Hambamu banyak melakukan khilaf ya Allah...Hambamu ini tahu...pengakhirannya pasti akan kembali menghadapmu....Ampun ya Alah...
Dua malam saya berada di kaki gunung tersebut.Pada waktu malam,saya diuji dengan hujan yang lebat.Kebiasaannya,kalau pergi ke hutan,masakan kita tidur atas katil bukan?Sudah pasti khemah menjadi sahabat setia...Kalian tahu,air yang Allah turunkan itu lalu dibawah khemah saya,maka berlakulah ujian disitu.Berada dalam keadaan tidur...saya dapat rasakan bahawa belakang badan saya sejuk...Subhanaallah...saya bangun secara perlahan-lahan demi kawan-kawan,tidak mahu ganggu kawan-kawan saya fikir.Rupanya mereka sudah awal-awal lagi bangun dari saya.Kami sediakn plastik,lalu kami lapik ditempat kami tidur.Ya,masih dalam keadaan basah,kami buat tidak tahu,lalu kami kembali sambung tidur....Disini ujian datang dalam bentuk yang mana saya kira mahu kita salahkan pencipta,akan tetapi bila kita fikir betul-betul...Allah....rupanya Allah mahu uji tahap kesabaran kita...
Kita mestilah hubung kaitkan sesuatu perihal atau permasalahan tersebut dengan perkara yang positif...Jangan berpemikiran yang kusut saya kira kerana bilamana kita berbuat demikian,makhluk bernama SYAITAN berani untuk berhadapan dengan kita....Tiada perasaan gentar kerana pending pada diri kita sudah dapat dia robekkan....
Saya kira sampai disini dahulu perkonsian saya bersama kalian.Konklusi yang sentiasa saya lakukan buat memperingati setiap peri kata yang diungkapkan.Beribadat tidak semestinya apabila kita berada ditikar sejadah,dengan melihat ciptaan Allah..itu juga dikira ibadah...Niatnya itu perlu betul ditujukan khas buat Allah..Tidak kira kalian lakukan apa sekalipun...bila ianya berada pada niat yang betul,Allah akan kurniakan PAHALA buat kalin...Semoga dengan apa yang saya kongsikan ini,sedikit sebanyak membanu dalam bentuk perjuangan Islam saya kira...TERIMA KASIH....

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)