Friday, 13 January 2012

BUKAN PINTAANKU...

Seminggu suntukku berjuang untuk menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan pelajaranku,berada didalam bidang kejuruteraan buatkan lagi kepala menjadi pusing.Mana tidaknya,bermacam-macam perkara yang perluku ingati untuk menghadapi sebarang ujian dari pensyarahku.Setiap masa solatku,ku gunakan dengan cermatnya,demi ISLAM tercinta aku dan rakan-rakan gadaikan sedikit masa untuk menyelamatkan sebahagian umat islam di kampus kami.Aku gagahkan diri untuk menjadu muazzin disurau bagi melunaskan fardhu kifayahku bersama rakan-rakan lain.

Aku sedar,walaupun cuma  beberapa orang yang hadir untuk solat berjemaah,itulah dugaan Allah terhadapku.Allah mahu lihat,betapa hambanya sanggup melaksanakan tanggungjawab sesama manusia atau mengambil jalan pintas dengan hanya berputus asa.Terdapat firman Allah yang menceritakan menganai seseorang yang menegakkan agama Allah,pasti Allah membantunya.

Firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd:11).
Sama-sama kita renungkan ayat diatas betapa Allah maha kuasa untuk merubah sesuatu kaum itu.Akan tetapi,setiap yang dibalas itu,pastinya punya syarat.Antara syaratnya adalah sesuatu yang cukup mudah,Allah tidak meminta kita melakukan perkara yang pelik-pelik,berbahaya buat diri dan sebagainya.Allah hanya minta kita untuk melakukan perkara yang disukainya dan meninggalkan perkara yang ditegahnya.Mudahkan?Allah tidak punya sifat kejam terhadap hambanya,Allah sayangkan hambanya...
 JUMAAT,5.43pm,13/01/12

No comments:

Post a Comment