Alhamdulillah...kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk meneruskan hidup sebagai seorang yang beragama Islam,bangun di waktu pagi semata-mata mencari keredhaan Allah...Sedarkah kita?Bahawa Allah sentiasa memberi peluang kepada kita untuk meneruskan hidup ini?Tapi apa yang perlu kita balas?Allah tidak minta kita lakukan perkara yang menyukarkan..cukuplah sekadar kita jauhkan diri daripada perkara yang dilarang dan lakukan apa yang disuruhNya.
Moga dengan apa yang kita laksanakan,dapat membantu dalam kita meneruskan hidup yang cukup mencabar ini.Teman-teman...menyentuh kepada "siapalah kita untuk berdiri diatas muka bumi ini",adalah sesuatu yang cukup saya kira untuk sama-sama kita kupas satu persatu perkara yang membawa kepadanya.Semua sudah sedia maklum,bahawa setiap manusia itu adalah KHALIFAH dimuka bumi ini...
Apabila sebut sahaja KHALIFAH,sudah pasti besar tanggungjawabnya untuk kita pikul.Hal demikian sudah jelas membuktikan bahawa Allah mahu kita untuk bertanggungjawab terhadap bumi yang kita singgah ini.Bagaimana cara kita menabur bakti kepada dunia selaras dengan berbakti kepada Allah..Moga dengan sedarnya kita apa yang perlu dilakukan diatas muka bumi ini....Tidaklah kita melakukan perkara yang boleh membinasakan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita untuk kesenangan bersama...sama-sama kita renungkan...
No comments:
Post a Comment