Ramai makhluk-makhluk ALLAH diluar sana sering kali mengatakan bahawa "tolong sikit k,jgan nilai saya pada luaran tau,hati baik per!!".Erm,mungkin menjadi kebiasaan kepada golongan tertentu yang mendengar ayat nie,TERUTAMA pendakwah.Mereka sering kali dibidas dengan ayat sedemikian rupa.Mengapa berkata begitu?Adakah anda terasa?Atau anda ingin membantu kawan anda untuk mempertahankan isu ini?
Kebiasaannya,apabila manusia ingin mencari pasangan yang ingin dikahwininya,sudah pasti sesetengahnya melihat kepada rupa paras.Haaaa,dari sudut ini pun kita dapat lihat bahawa,ada golongan yang menilai dari sudut luaran.KENAPA?MENGAPA?
Perwatakan mencerminkan diri,oleh sebab itu,perlunya manusia itu bijak dalam menguruskan dirinya.Apabila anda terlihat seorang yang dalam keadaan tidak menutup auratnya,bercakap pekara-perkara yang kurang enak didengar,seringkali kita akan cuba menjauhkan diri kita dari golongan seperti ini.Bukan bermaksud menyindir,cuba kita tanyakan pada diri kita,apa yang dikehendaki oleh diri kita???Ingat teman-teman,disuatu masa nanti,kita akan disoal oleh pencipta kita.
Ingin saya tegaskan disini,pabila kita berpewatakan yang menarik,dengan secara tidak langsungnya,kita mudah untuk disapa oleh masyarakat,jiran tetangga dan kawan-kawan yang lain.Hal ini terbukti,dimana saya sendiri yang menjadi ujikajinya,mamakai pakaian yang segak,berkasut,ditambah pula memasukkan baju kedalam seluar,secara spontan akan disapa oleh teman-teman,hatta yang saya tidak kenali pun turut menyapa saya,"waaa,smartnya,nak pergi mana bro??".
Mungkin kadang-kadang,ada juga lontaran-lontaran nakal yang dilemparkan,misalnya,"eh,eh,ada lecturer baru la..."diikuti hilai tawa yang akan menukarkan riaksi muka dari biasa kepada merah padam.Jujur saya katakan,memang ada sifat sedemikian,akan tetapi,perlu diingatkan,PERWATAKAN YANG MENCERMINKAN KITA...jadi,anda perlu bersiap sedia dengan kritikan manusia kerana telah menjadi sifat manusia yang suka berkata-kata tidak kira samada baik ataupun buruk...
RABU,11/1/12,12.55AM
No comments:
Post a Comment