Meniti usia remaja,saya dapat rasakan bahawa diri ini semakin berkehendak untuk dimanjakan.Hal ini mungkin dialami segelintir manusia.Kadang-kadang,berlegar diruang minda,"aku ini tak cukupkah dimanjakan oleh ibu dan ayah??".Apa yang membezakannya?Cinta manusia sampai kemana?Cinta ilahi?Mahu dibiarkan?
Berkata-kata saya pada diri,"jangan diikutkan sangat hati itu,nanti buruk padahnya!".HATI.Saya tertarik dengan sesuatu yang berada di HATI.Kekuatannya cukup membanggakan.Melaluinya,kita dapat mencapai sesuatu yang mungkin diluar jangkaan.Sehinggakan ada yang sanggup menaruhkan diri sebagai imbuhan bagi sesuatu yang mereka BELI.Saya merasakan diri ini andainya tidak punya HATI,pasti dan pasti manusia itu akan jadi seperti sesuatu yang tiada ertinya.
Mengapa saya sajikan gambar butang-butang buat anda?Tertanya-tanya juga diri yang membaca.Inilah perumpamaan yang dapat saya kaitkan.Masakan butang juga punya berbagai-bagai jenis,apatah lagi hati yang kita miliki ini.Kita dilahirkan normal menjadi manusia,akan tetapi kita punya pepatah melayu yang mengatakan "rambut sama hitam,hati lain-lain".
Ini jelas menunjukkan bahawa orang dulu-dulu sudah punya penderian mengenainya dan berpesan-pesan buat generasi akan datang.Perkara ini tidak berakhir disini sahaja,malahan pencipta kita pun turut sama nukilkan perihal HATI ini didalam surah Annas.Jadi,tidak hairanlah,jikalau HAti ini amat penting buat setiap manusia.
Kita punya pelbagai cara untuk mengawal HATI yang agak liar ini.Mengapa liar??Ini kerana dia juga turut punya PA nya...NAFSU..Hati-hatilah tatkala berbicara sama ini organ.Membuat pilihan adalah satu jalan yang mungkin merugikan atau sebaliknya.Justeru itu,didiklah hati supaya menuju ke jalan yang kita dapat mengecapi nikmat hidup dengan aman dan dirhedaiNYA...

No comments:
Post a Comment