Monday, 28 May 2012

TIBA PULA WAKTU SUKAR BUAT DIRI....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Apa khabar kalian?moga kalian sentiasa berada didalam rahmat allah....Saya memohon maaf diatas apa yang berlaku...Sepanjang tempoh saya tidak mengeluarkan "post" baru,saya bukanlah hanya mendiamkan diri tanpa erti.Akan tetapi, saya berdiam diri kerana mempelajari beberapa perkara yang saya kira dapat membina blog ini makin memacu kehadapan dengan lebih interaktifnya...

Berbalik kepada tajuk, saya yakin kalian juga turut sama terlibat dalam situasi sebagaimana tajuk yang saya utarakan...YA!!Bukan mudah seperti yang disangkakan bukan??Lagaknya seperti seseorang yang baru tiba dirumah untuk berehat setelah pulang dari kerja sejak dari pagi hingga kepetang, kemudiannya dipaksa kembali berkerja dengan sebab yang tidak dapat dielakkan buat seorang yang bergelar pekerja.Aduh!!!Sudah pasti hati ini memberontak dengan kencangnya...Siapa punya angkara ini??Persoalan ini sudah menjadi kebiasaan buat sebahagian manusia yang suka menuding jari kepada orang lain...Jangan dipupuk sangat perasaan marah itu...BAHAYA!!!Akan tetapi...cuba bertanyakan pada diri...MENGAPA IANYA TERJADI??Mari kita sama-sama selongkar dari "kotak tajuk" ini...

Waktu sukar ini sememangnya tidak dapat tidak,kita terpaksa menghadapinya..JANGAN!!!Kamu larikan diri!!Akan tetapi HADAPI ia dengan TABAH...Suka saya untuk berkongsikan satu cerita bersama kalian.Dimana pada masa itu,saya bersama teman-teman minum-minum di sebuah kedai mamak di sekitar Bandar Tun Hussien Onn,Cheras.Ketika sedang asyik bergelak ketawa...tiba-tiba gerak mata saya tertangkap satu situasi yangmana satu pasangan "couple" sedang melakukan rundingan yang saya kira "mungkin retak menanti belah"...Sayu wajah perempuan tersebut bilamana berada dihadapan "pacarnya".Berdialog secara berdepan akan lebih membuahkan hasil yang mana akan bertambah baik atau sebaliknya...Hal ini kerana sikap seseorang itu agak sukar untuk diramal bilamana mereka berkata-kata didalam talian...Saya kira lebih kurang 1 jam juga masa berlalu tanpa saya sedari dek kerana melihat gelagat mereka berdua...
Saya mula berfikir, mengapa meratapi atau bersikap sedih dalam kita sendiri yang membuat pilihan?Hal ini terus berlegar kuat dalam fikiran saya.Tidak lain dan tidak bukan...inilah yang dimaksudkan oleh seorang ulamak terkenal dunia...jangan kamu duduk senang tanpa 3 perkara ini...1) Ragu dengan saat kematian kelak...ISLAMKAH KITA??...2) Ragu dengan setiap amalan kita..DITERIMAKAH??...3) Ragu dengan setiap IBADAH kita....LULUSKAH??...bila mana kita berada didalam 3 soalan ini...saya pasti...kalian akan menjadi seorang yang cukup hebat dan kalian akan mampu melahirkan zuriat yang sangat hebat kualitinya...Waktu sukar jangan hanya ditafsirkan pada satu jalan...jadikan ia bercabang supaya senang buat kalian mengklasifikasikan ditahap mana "sukarnya" ia...
Tatkala orang lain bersenang,kita juga mampu bersenang.Akan tetapi mana kesenangan akan hadir tanpa kesusahan dulu yang datang menyapa....BERUSAHA itu perlu....LAKUKAN dengan penuh khusyuk..JANGAN biarkan diri anda dikuasai..AKAN tetapi..ANDA yang menguasai AKAL dan MINDA dengan FIKRAH manusia iaitu ISLAM....HADAPI kesukaran dengan PENUH pengHARAPAn PAdA ALLAh!!!Pasti dan pasti,ianya akan membuahkan hasil...wallahuallam...

No comments:

Post a Comment